LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

2 lagi maut akibat keracunan arak di Selangor


SHAH ALAM: Jumlah kematian akibat keracunan alkohol di Selangor meningkat kepada 27 orang apabila 2 lagi mangsa meninggal dunia petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, 2 mangsa berkenaan, lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an dan masing-masing meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan di Hospital Selayang.

“Mangsa dimasukkan di Hospital Sungai Buloh pada 19 Sept lepas dan meninggal dunia pada pukul 4 petang tadi dan mangsa di Hospital Selayang meninggal dunia pada pukul 3 petang tadi, mangsa dimasukkan ke hospital itu bagi menerima rawatan pada 17 Sept lepas.

“Seramai 11 orang masih dirawat di beberapa buah hospital sekitar Lembah Klang manakala 21 yang lain dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mazlan, mangsa-mangsa yang maut terdiri daripada dua warga tempatan, Nepal (9), Myanmar (12), Bangladesh (2), India (1) dan seorang mangsa tidak diketahui identiti.

Sejak 17 Sept lepas, lebih 30 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan akibat keracunan arak.
2 lagi maut akibat keracunan arak di Selangor 2 lagi maut akibat keracunan arak di Selangor Reviewed by Assistant Editor on September 28, 2018 Rating: 5

No comments:

Arkib Blog

Comments

Nota: