LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Jepun batalkan pemburuan ikan paus di Lautan Antartik

TOKYO 3 April - Jepun hari ini membatalkan program pemburuan ikan paus tahunannya di Lautan Antartik buat pertama kali dalam tempoh lebih 25 tahun selaras dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan program itu lebih berbentuk aktiviti komersial berbanding untuk tujuan sains.

Tokyo yang 'terlalu kecewa' dengan keputusan itu pada awal minggu ini berkata, mereka akan menghormati keputusan mahkamah tersebut yang dibuat pada Isnin lalu, namun tidak menolak kemungkinan meneruskan program berkenaan pada masa hadapan.

Hari ini, pegawai Jepun berkata, pemburuan seterusnya di Lautan Antartik yang sepatutnya bermula penghujung tahun ini telah dibatalkan, hanya beberapa minggu selepas musim penangkapan ikan paus itu, tamat.

Kami memutuskan untuk membatalkan penyelidikan ke atas paus di Antartik bagi tahun fiskal bermula April ini kerana keputusan ICJ baru-baru ini," kata seorang pegawai agensi perikanan Jepun.
Pegawai itu yang tidak mahu namanya didedahkan bagaimanapun berkata, Jepun merancang untuk meneruskan program penyelidikan paus di kawasan-kawasan lain sebagaimana yang dijadualkan termasuk di utara Lautan Pasifik.

Jepun turut melaksanakan program penangkapan ikan paus pantai yang tidak dilindungi oleh pengharaman pemburuan paus secara komersial.

Australia yang mendapat sokongan New Zealand, mengheret Jepun ke ICJ pada 2010 dalam usahanya mengentikan pemburuan paus secara tahunan di Lautan Antartik. - AFP
Jepun batalkan pemburuan ikan paus di Lautan Antartik Jepun batalkan pemburuan ikan paus di Lautan Antartik Reviewed by Assistant Editor on April 03, 2014 Rating: 5

No comments:

Arkib Blog

Comments

Nota: