LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya (gambar) menasihati umat Islam di negeri itu agar tidak menyertai Pesta Songkhran.

Ini kerana katanya pesta itu mempunyai unsur agama selain Islam.

"Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan," katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.

Perlis akan mengadakan sambutan Pesta Songkran di Kuala Perlis Sabtu ini yang merupakan antara acara dalam kalendar pelancongan negeri.

Songkhran atau pesta air lazimnya dirai oleh masyarakat Siam di negara ini. – Bernama, 3 April, 2014.
Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran Reviewed by Assistant Editor on April 03, 2014 Rating: 5

No comments:

Arkib Blog

Comments

Nota: