LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Lenovo Hadir Dengan Gambar Acah Penggunaan Empat-Kamera Pada Telefon Pintar


Pada tahun ini, kita telah menyaksikan Huawei memulakan trend penggunaan tri-kamera yang kemudiannya turut diikuti beberapa pengeluar lain, termasuk Samsung. Kini, selangkah lebih daripada Huawei, Lenovo hadir dengan gambar acah memperlihatkan mereka mungkin hadir dengan telefon pintar menggunakan empat-kamera pada peranti mereka.

Malah, gambar acah yang hadir ke arena internet hari ini turut memperlihatkan rekaan susunan kamera seumpama pada telefon pintar Mate 20 akan datang.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak mempunyai jangkaan yang tinggi daripada Lenovo – memandangkan mereka sebelum ini pernah hadir dengan gambar acah menipu berbanding peranti yang dilancarkan. Sebelum ini, untuk gambar acah Lenovo Z5, pengeluar berkenaan memperlihatkan rekaan peranti nirbingkai – tetapi ketika dilancarkan ia hadir dengan skrin bertakuk, serta dagu peranti yang besar.

Apa pun, seperti biasa sama-sama kita nantikan sama ada Lenovo benar-benar akan hadir dengan telefon pintar menggunakan empat-kamera atau sebaliknya.
AMANZ



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Lenovo Hadir Dengan Gambar Acah Penggunaan Empat-Kamera Pada Telefon Pintar Lenovo Hadir Dengan Gambar Acah Penggunaan Empat-Kamera Pada Telefon Pintar Reviewed by Assistant Editor on September 30, 2018 Rating: 5

No comments:

Arkib Blog

Comments

Nota: