LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Tiga Sebab Perlu Pilih Calon PAS


SHAH ALAM – Pemuda Pas menggariskan tiga sebab pengundi muda perlu memilih calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson.

Pengarah Strateginya, Syahir Sulaiman berkata tiga perkara itu sebagai isyarat jelas daripada anak muda.

“Pertama sebagai isyarat anak muda tolak pembohongan dan kegagalan PH menunaikan janji manifesto seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan kos sara hidup.

“Kedua, isyarat anak muda tolak politik peribadi yang mempertaruhkan nasib rakyat, agama, bangsa dan negara, dengan pelbagai langkah sumbang.

“Ketiga, isyarat anak muda mahu perubahan sebenar, dengan memilih Islam sebagai penyelesaian dan meletakkan Islam di hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas meletakkan bekas pegawai tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57 bagi merebut kerusi Port Dickson selepas ia dikosongkan penyandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. – Sinar Harian Online


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Tiga Sebab Perlu Pilih Calon PAS Tiga Sebab Perlu Pilih Calon PAS Reviewed by Assistant Editor on September 30, 2018 Rating: 5

No comments:

Arkib Blog

Comments

Nota: