LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Tiada satu tuduhan berkait 1MDB, kata peguam Rosmah


KUALA LUMPUR, 4 Okt ― Kesemua 17 pertuduhan yang dibaca di hadapan Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang tersebar luas kebelakangan ini tetapi ia hanya melibatkan di bawah Akta Pencegahan Wang Haram (AMLA).

Peguam bagi Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent berkata ini adalah masa yang tepat bagi anak guamnya untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkenaan.

“Banyak yang diperkatakan mereka iaitu terlibat dalam 1MDB tetapi tiada satu pun daripada itu dan ini peluang kepada beliau untuk membersihkan namanya,” katanya kepada media selepas prosiding mahkamah.

Rosmah, 67, menarik perhatian ramai wartawan, juru gambar dan juru kamera serta orang awam apabila beliau melangkah dengan tenang memasuki bangunan yang dikawal ramai polis sebelum dan selepas prosiding mahkamah.

Pagi ini, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini di atas 17 pertuduhan di bawah AMLA dan dibebaskan dengan ikan jamin RM2 juta dengan dua penjamin. ― Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Tiada satu tuduhan berkait 1MDB, kata peguam Rosmah Tiada satu tuduhan berkait 1MDB, kata peguam Rosmah Reviewed by Assistant Editor on October 04, 2018 Rating: 5

No comments:

Arkib Blog

Comments

Nota: