LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Facebook berdepan denda AS$1.6b



LOS ANGELES, California – Pendedahan mengejutkan oleh Facebook baha­wa laman sosial ber­kenaan menja­di sasaran sera­ngan siber besar-besaran pada Juma­at lalu yang menyaksikan penggodam menceroboh dan mendapat ak­ses penuh terha­dap sekurang-kurangnya 50 ju­­ta profil pengguna dan apli­kasi pautan mendorong pihak berkuasa Kesatuan Eropah (EU) mengancam untuk mengenakan denda mencecah AS$1.63 bilion (RM6.75 bilion), demikian menurut akhbar Wall Street Journal.

Pepijat berkenaan mengeks­ploitasi kelemahan pada ciri ‘View As’ dan pemuat naik vi­deo untuk mendapatkan akses kepa­da akaun pengguna Facebook.


Serangan itu memaksa Facebook menetapkan semula token akses untuk 50 juta pengguna yang terjejas di samping 40 juta pengguna lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini bermakna pengguna yang log keluar daripada laman Facebook pada peranti mereka adalah terjejas.

Facebook yang merupakan la­man sosial terbesar di dunia, ti­dak menjelaskan sama ada peng­godam cuba mencuri data daripada profil yang terjejas, namun Naib Presiden Pengurusan Produk, Guy Rosen memberi­tahu pemberita bahawa mereka cuba mengumpul maklumat pe­ribadi daripada sistem Facebook, demikian menurut akhbar New York Times.

Rosen juga berkata, Facebook tidak pasti sejauh mana aplikasi pihak ketiga di laman webnya turut terjejas.

Laman sosial itu juga tidak pasti sama ada penyerang telah mengakses maklumat paling sensitif yang disimpan termasuk mesej peribadi.

Facebook juga berkata bahawa serangan itu sangat canggih dan mereka mungkin juga tidak dapat mengenal pasti dalangnya.

Sementara itu, Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland yang mengawasi Facebook di Eropah menyatakan pada Sabtu lepas bahawa pihaknya me­nuntut lebih banyak maklumat daripada Facebook termasuk ciri dan skala pencerobohan itu serta warga EU yang mungkin terjejas.

Pencerobohan itu mungkin mengakibatkan Facebook di­ke­­na­kan denda maksimum di bawah Undang-Undang Kerahsiaan Data Umum (GDPR) yang dikuatkuasakan di Eropah baru-baru ini.

Denda maksimum itu menya­mai empat peratus daripada pendapatan global firma tersebut bagi tahun sebelumnya, bersamaan AS$1.63 bilion (RM6.75 bilion).

Di bawah GDPR, syarikat yang gagal melindungi data pengguna sewajarnya boleh dikenakan denda maksimum AS$23 juta (RM95.19 juta), atau empat peratus pendapatan tahunan firma berkenaan, yang mana lebih tinggi. – Agensi



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Facebook berdepan denda AS$1.6b Facebook berdepan denda AS$1.6b Reviewed by Assistant Editor on October 02, 2018 Rating: 5

No comments:

Comments

Nota: