LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Guru tak perlu buat tugas kerani mulai Januari


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, semua guru di seluruh negara akan dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, selewat-lewatnya pada Januari tahun depan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memperkasa tugas guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemahiran dan kepakaran yang dimiliki guru amat merugikan jika tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Guru tak perlu buat tugas kerani mulai Januari Guru tak perlu buat tugas kerani mulai Januari Reviewed by Assistant Editor on October 02, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. Bagaimana dgn Sekolah Amanah, International Baccalaureate dll yang paperwork nya bertindih dgn kerja KPM. Guru sibuk dgn paper work saja sehingga tugas utama mengajar diabaikan

    ReplyDelete

Comments

Nota: