LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen


PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan, merayu sumbangan RM1 seorang daripada orang ramai untuk mengisi tabung khas membantu kempen sehingga hari pengundian 13 Oktober ini.

Pada masa sama, beliau turut mempelawa sahabat dan orang ramai menjadi sukarelawan membantu jentera kempennya.

Katanya, semua hasil sumbangan melalui tabung khas yang diwujudkan mulai hari ini itu, akan digunakan untuk agenda kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

“Saya hanya insan kecil bertanding dan bergerak sendirian tanpa jentera parti.

“Saya cuma ada semangat dan rasa cintakan negara untuk memastikan Malaysia makmur.

“Justeru, saya merayu sokongan kewangan bagi melancarkan proses kempen ini sehingga hari pengundian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mereka yang ingin berbuat demikian boleh melayari akaun rasmi Facebook Saiful Bahari di www.facebook.com/saifulbukhari.

Beliau memberi jaminan akan menghebahkan jumlah sumbangan dalam waktu tertentu setiap dua atau tiga hari.


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen Saiful rayu sumbangan RM1 seorang bantu kempen Reviewed by Assistant Editor on October 02, 2018 Rating: 5

No comments:

Comments

Nota: